ALHAMDULILLAH
Petang yang sungguh indah dengan langit nan biru dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. terasa nyaman dan bahagia sungguh. Paling best mereka menyediakan makanan dan minuman di situ jugak buat para tetamu . Percuma .
Keropok lekor ada, jemput2 undang dan ikan bilis ada , apam balik ada dan minuman yang dingin seperti air rossele dan semestinya teh tarik.
Sambil makan pada pelancong luar tu yang tak pernah tengok cara penyediaan jemput2, boleh saksikan sendiri depan bijik mata. Aku pulak dok pulun mengunyah satu2 jejemput tu yang panas2 lagi keluar dari kuali. Berasap mulut aku sambil mengunyah dan terlopong mat salleh tu tengok hehehe

Bagi sesiapa yang nak ikut aktivitinya dipersilakan. Ada main entah apa ke nama macam tarian galah tu, ada main congkak dan ada sessi menganyam . Main guli je takda hahaha
Kalau ada main guli, pasti aku lah rajanya kerana dedulu aku champion main guli ni dan champion juga main laga spider . Kerana main guli nilah dedulu masa kecik yg kekadang hampir mencetuskan pergaduhan. Mana tak gaduh, sekali aku totok guli mereka, terbelah dua satu persatu . Guli aku memang kebal sungguh hehehe
Tapi biasalah gaduh bebudak, lepas depa nangis boleh main semula . Takdalah campurtangan mak bapak masa tu tak macam sekarang ni
Kat situlah kita akan tahu sapa yang "kememe"

main congkak
Aku dedulu kecik2 pun cekap bab "membohong" main congkak ni . Mata siap jeling berapa bijik lagi guli dalam tangan dan berapa lubang lagi nak kena masukkan hehehe
Tu yang tak mati2 .
Sekarang tak ramai rasanya orang kita pandai main congkak ni. Manakan tidak. Mereka lebih cekap main permainan2 dalam alam maya sahaja berbanding alam realiti.
Memang kehidupan aku kanak2 dulu penuh warna warni pelangi.

main tarian galah
terpegun mat salleh ni tgk org main congkak
demontrasi buat apam balik
kita dulu main congkak pakai kulit siput... kepit celah jari sebijik kalau nak main tipu, hahaha
BalasPadamhehehe
Padamsamalah kita
siap ada guli celah jari lagi hahaha
Assalamualaikum bapak,
BalasPadamErr ada demo apam balik? Wahaha...bestnya...tak de ke derang buat demo kopok gote?
waalaikumsalam
Padamdepa buat demo, bapak tukang telan je hahaha
kopok gote tu apa hehehe
Scenery sgt mendamaikan
BalasPadammmg mendamaikan di situ , rasa tenang je
PadamAssalamualaikum Tuan Rezeki,
BalasPadamPercutian kali ini pernuh warna-warni dan nostalgia masa dulu!
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah
sampai ketika ini pun kehidupan saya masih penuh warna warni kehidupan
wah dapat makan minum free. sangat bagus hotel menghidupkan gaya hidup orang kampung. pelancong asing pun mesti rasa tertarek dengan warna warni dan kehangatan hidup berkampung. saya tertarek dengan teh tarek dan jemput2. kesian generasi sekarang yang tidak mendampingi alam. hanya terikat dengan maya dan karen-elektrik. hehehe
BalasPadamtu yang menjadikan TJR ni sangat menarik bukan saja bagi pelancong asing , malah kita juga org tempatan
Padamjemput2 dia mmg sedap mcm org dedulu buat , di goreng di situ panas2
Saya tau main congkak tapi dah berpuluh tahun tak main. Dah lama jugak saya tak tengok bijik2 guli yg cantik tu. Sekarang ni masih ada lagi ka eh..
BalasPadamada lagi lah cikgu guli2 tu, bapak selalu juga simpan stoknya kerana ada sekolah yang membeli set peralatan congkak serta guli2nya utk program permainan dalaman mereka
PadamSalam bapak, kopok gote tu adalah keropok lekor..:)
BalasPadamwaalaikumsalam
Padamjauh bebeno gote dgn lekor hehehe
Permainan guli kini semakin canggih. Ada satu permainan seperti guli tapi dibuat dari besi dan main guli besi atas track
BalasPadam