WARGA SCP

Ahad, Februari 12, 2012

TJR : KETENANGAN ITU MILIK ALLAH



ALHAMDULILLAH

Jiwa ku berasa tenang di sini menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.
Allah memberikan kita ketenangan sebenarnya dengan pelbagai cara
dan
begitulah sebaliknya.

Ada yang berasa tenang dan damai bila menatap Baitullah depan bijik mata
tapi
jangan terperanjat jika ada pula berasa sebaliknya.


Ada yang berasa tenang bila mendengar kicauan beburung riang
tapi ada pula sebaliknya merasakan kicauan beburung agak mengganggu .

Ada yang berasa tenang bila azan mula berkumandangan
tapi
ada pula sebaliknya.

Ada yang mencari ketenangan sepertiga malam
dengan mengadu kepada Allah
ketika keheningan malam.



Bagaimana cara kita mencari ketenangan ,
terpulang pada diri kita .


Namun ketenangan itu milik mutlak Allah S.W.T semata-mata
yang dipinjamkan
kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.


Carilah ketenangan walau dengan apa cara sekali pun
selagi caranya tidak menyalahi hukum agama
kerana ketenangan yang menyalahi hukum agama
hanya bersifat sementara.





Hampir 10 minit juga aku berada di sini menatapnya dari atas sebuah jambatan kayu. Aku terpukau akan keindahannya. Namun kedudukannya di celah rimbunan daun2 kayu membuatkan angle atau komposisinya agak terhad untuk dirakamkan .

Beberapa shots sempat aku abadikan.

Tenangnya air dari anak sungai yang mengalir membuatkan bayangan yang terpancar darinya begitu indah untuk dirakamkan. Malas pulak nak balik bilik ambil tripod lalu semua gambar secara "hands held " sahaja.

Setiap kali aku melintasi jambatan kayu ini
setiap kali juga pandangan ku terpukau
akan keindahannya

Terima kasih Allah
Sungguh hebat alam ciptaan Mu.

Terima kasih Allah
kerana aku bisa menatap lagi ciptaan Mu

Terima kasih Allah
kerana aku merasa tenang menatap keindahan alam Mu

Terima kasih Allah


20 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH.. Walaupon belom pegi.. Dpt jgk ketenangan bile tgk gmbr2 bapak ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah

      nanti sampailah FM ke TJR, sesuai tempat tu utk berbulan madu

      jangan lupa pukul gong tu hehehe

      Padam
  2. bila alam dihampiri dan dihargai dan dipandang keindahannya dan mengingatkan kepada yang Pencipta alam, tentu hati menjadi tenang oleh kedamaian alam. boleh tak mintak sikit gambar nak simpan untuk tatapan isi rumah sebagai pemangkin untuk kami jejaki TGR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      ambillah , saya halalkan

      Padam
  3. Asalamualaikum Pak Itam

    terima kasih juga drp atuk kpd Allah, kerana ketenanggan dikecapi di Bukit Tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      alhamdulillah

      terima kasih Allah

      Padam
  4. salam...

    cantiknya tempat ni~

    foto-foto pun menarik! ')

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam GB

      thanks

      seronok sebenarnya meneroka dgn dunia photograpi ni

      Padam
  5. Assalamualaikum Tuan,

    Gambar2 tuan, adalah gambaran rasa dan masa yang jelas untuk kita mengucapkan Alhamdullilah yang tiada hujung dengan kurniaNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah setiap masa

      Padam
  6. mabeles....hanya jauhari yg mengenal manikam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. manikam takpa, jangan maniam ngeh ngeh ngeh

      Padam
  7. Salam pak itam

    Ketenangan itu milik Allah, lihat dan nikmatilah kebesaranNya...kerana disitu ada ketenangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      milik mutlak Allah dan hanya dipinjamkan buat mereka yg dikehendakinya sahaja

      Padam
  8. Hj CR,

    Cantik gambar dan anglenya.....saya turut berasa tenang bila tatap pemandangan laut ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      2 tahun lps saya dah ricky TJR ni dan terpesona dgn keindahan alamnya, masa tu tak main lagi dgn dslr


      alhamdulillah, Allah bagi kesempatan saya merakamkan keindahannya sekarang

      Padam
  9. Tanpa NamaMac 13, 2012

    cantik gmba2..mtk nk wat koleksi ye saudara... t.ksh -sabri-

    BalasPadam
  10. Tanpa NamaApril 27, 2014

    mohon ambil sikit dua rangkap kata-kata saudara

    BalasPadam