Cerita pasal berurut ni, dah lama aku tak berurut . Kali terakhir aku berurut entah berapa tahun dahulu . Itu pun aku panggil orang datang rumah kerana "back pain" aku datang kembali akibat salah angkat barangan yang berat.
Aku ni kira dah mengidap sakit belakang ni dan jugak pinggang . Mungkin puncanya dedulu aku aktif sangat bersukan dan setakat jatuh dalam gelanggang jangan cakaplah.
Lepas tu ada sekali dua , aku jatuh masa menunggang kuda besi masa bujang2 dulu.
Semuanya datang dari Allah, tapi penyebabnya kemungkinan besar aku mengangkat dengan teknik yang salah. Semenjak tu, kalau aku nak angkat barang, aku kena "beringat" sikit. Sakit ni kalau datang punyalah azab. Bila dah berbaring, nak pusing kiri-kanan pun separuh nyawa . Rasa mcm mayat hidup pula . Kalau sampai macam tu, alamat seminggu dualah gamaknya . Pernah paling lama aku merengkok dalam dua minggu juga, lepas tu bila dah ok sikit, aku jalan dah macam robocop .
Tu sebab kat rumah aku ni minyak panas ada berbotol dan begitu juga cream "deep heat " . Kalau dah rasa lain macam je kebas2 kat belakang dan pinggang, aku cepat2 lumur sendiri .
Allah berfirman dalam al Quran surah At-Tagaabun, ayat 11 :
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim :
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya”
Oleh itu , semua pemberian Allah kepada kita samada kesihatan yang baik atau sebalik mestilah kita syukuri kerana itu semua adalah nikmat yang dikurniakan kepada Allah ke atas hambanya yang terkandung hikmah disebaliknya .
Insyallah , selepas ini jika ada antara kita yang sebelum ini keluh kesah sekiranya ditimpa penyakit, apa kata kita ubah pula setiap kesakitan itu dengan ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Dapat juga kita pahala tambahan.
Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya yang tak belajar tinggi mana pun untuk peringatan buat diri sendiri sebagai manusia yang lemah.
Alhamdulillah
Assalamualaium Bapak,
BalasPadamWaaa pagi2 dah rasa macam pergi safari sebab nampak zebra tu...hihi
Setuju sangat dengan bapak, sakit adalah satu nikmat dan pada pengalaman saya, kalau kita redha menerimanya ia tidak akan menyakitkan kita sebalik satu healing yang sangat berkesan...
back pain itu jaga2 ya jangan sampai slipdisc...
ok didoakan hujung minggu bapak & mak itam ceria..
waalaikumsalam
Padamterbayang keseronokkan masa kat safari tu dulu
bapak sendiri insan yg penuh kelemahan kekadang terlalai juga dan perlu untuk ingat selalu akan semua yang datang adalah kurnian dan bikmat dari Allah
doa kami jugak agar LW sentiasa dalam kerahmatan Allah
ye la saya pun terpegun dengan zebra hensem belangnya. nikmat sehat sering manusia alpa. nikmat sakit hanya yang syukur saja yang dapat fahami. dalam sakit lah ingatan kita padaNYA bertambah hanya nak maintain bila dah sehat je tu yg payah.
BalasPadamsemoga kita semua sentiasa tidak alpa akan segala nikmat Allah
Padaminsyallah