WARGA SCP

Khamis, Februari 23, 2012

TJR : MY DESTINY

ALHAMDULILLAH

Ingat hari ni aku malas nak menulis kerana aku agak keletihan . Semalam punyalah banyak pokok aku nak noreh . Dari tepi hutan , sampai menghala hutan ke jalan Kluang semalam lantas potong shortcut kat empangan Semanggar tu yang dulunya dimiliki oleh PUB (Public Utility Board Singapore) lantas menoreh pulak kat JB. Kat magrib juga aku sampai ke tepi hutan .

Lepas isyak kat Al Ridhwan, aku pergi semula ke bangsal aku siapkan apa yang patut kerana lepas zohor nanti aku nak ke hutan menghala Waha dan Lok Heng pula hantar getah beku.

Jadi masa Malaysia vs Japan semalam , aku tengah dok bergasak dengan tukul dan paku mengetok tengah2 malam . 11 lebih aku mesti tidur pasal aku kan tengah membesar, perlu tidur yang cukup . Kalau tak, badan aku tak cukup fresh dan segar.


Macam disarankan oleh agama kita, hendaklah kamu bertebaran mencari rezeki selepas subuh dipagi hari, lepas Al Ridhwan, balik ke pondok salin kain pelikat gombang , maka aku dah terconggok kat bangsal aku ni pepagi lagi setiap hari. Kemaskan sikit dokumen2 yang bersepak , masukkan dalam fail mana2 yg patut. Toreh getah pun walaupun kecil-kecilan mesti sistematik.

Pergi noreh kan best kalau boleh pakai pelikat mcm tu je, tapi bahaya .Karang masuk dok ular atau lipan dalam kain , mau naya

Manalah tau nak jadi cerita, karang kalau dah terkena dan pergi klinik, apa nak cakap dengan nurse .

Mesti kalian tertanya2 kenapa aku selalu cakap "tepi hutan". Kalau kalian nak tahu , memang asalnya perkampungan ni dulu hutan belantara masa aku datang ke sini dulu. Takda jalan tar , hanya tanah merah. Binatang liar macam gajah dan babi hutan dulu tempat mereka bermain kejar2. Kira tempat ni tempat "jin bertendang dan bertandak" suatu ketika dulu.



23 tahun dulu masa aku dapat surat panggilan untuk melaporkan diri ke sini untuk menjinakkan binatang2 liar tadi , aku cari dalam atlas nama tempat ni , tak jumpa. Masa tu mana ada internet dan goggle2. Pengabis aku nekad je. Kalau gajah2 liar tu aku tak dapat jinakkan, pasti aku pulak yg jinak nanti.

"Ahh, pergilah dulu "
"Apa yang berlaku kemudian cerita"

Bungkus selai dua kain baju dalam ponjot kain mcm pakistan jual kain tu, pakai jaket lusuh biru tu dan start moto . Tapi "L" aku dah gantung kat motor dulu sembunyikan sikit. Malu hehehehehe

Aku tak lulus lagi pasal tak sempat nak pi mengetest lesen moter demi menyahut seruan negara .

Jaraknya dari kampung aku dalam 300 km jugak. Puas aku atas motor buruk sampai kebas bontot, tak sampai2 jugak. Yang aku nampak masa tu 23 tahun yang lalu kiri-kanan pokok dan hutan je. Betul ke pilihan aku ni .

Itulah saat2 terakhir aku meninggalkan kedua org tua ku dan jugak rumah ku dan inilah takdir ku yang ditetapkan oleh Allah .


Kata orang putih "My Destiny"


Masa tu bulan Disember 1989 . Musim hujan. Aku redah je . Habis lencun semua . Sampai2 je yang pertama sekali aku cari tempat perlindungan dulu kerana kalau tak , mana aku nak bobok nanti . Aku masih ingat tilam span nipis warna oren yang aku lipat kekecik dan bawak sama masa tu .

Nak jumpa org lalu lalang tanya , haram takda sorang pun aku jumpa . Badan dah letih . Pengabis aku nampak ada satu sekolah kat situ dan di situlah nanti nak tumpang bermalam . Atas meja kantin sekolah aku bentang tilam span aku malam tu . Apa nak jadi malam tu aku tak fikirkan, cuma aku mintak janganlah masa aku tidur nanti, ada orang lain numpang tidur sama jugak atas tilam nipis tu, udahle. Maklumlah , tampat jin bertendanglah katakan.

Malam tu ............

Penatlah nak sambung , esok lusalah aku cerita ngeh,ngeh,ngeh

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Tak aci la macam ni, orang tengah syok2 baca, dia buat saspen pi berenti pulak! Jenoh la nak tunggu esok lusa sambung cerita nih.

    Cakap terus terang ja kat nurse tu, saya percaya dia mesti faham, kehkehkeh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe

      telenovela mmg mcm tu hehehe

      Padam
  2. adventurous dan dramatik! kami nantikan episod seterusnya.

    BalasPadam